Mengapa JustMarkets?
JustMarkets merupakan broker yang membantu orang ramai mendapat keuntungan daripada pasaran kewangan dengan menyediakan keadaan-keadaan yang bermanfaat.
Dipercayai oleh pedagang
JustMarkets telah memperoleh kepercayaan lebih daripada berjuta-juta klien dari 160+ negara. Syarikat kami adalah salah satu broker utama yang popular di dunia. Kami menghargai kepercayaan para klien kami dan kekal komited dalam menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan mewujudkan perhubungan jangka panjang dengan pedagang dan rakan kongsi kami.
Kualiti
Kami sentiasa kekal terkini dengan trend-trend baharu untuk memperbaiki dan meluaskan perkhidmatan kami untuk para pedagang dan rakan kongsi. Matlamat kami adalah untuk memberi mereka peluang melakukan perkara kegemaran mereka dan tidak terganggu dengan perkara-perkara lain.
Keprofesionalan
Asas kejayaan kami ialah kumpulan profesional dengan latar belakang kewangan yang kukuh dan berpengalaman. Kumpulan kami sentiasa bersedia untuk membantu para pelanggan dan mengatur persekitaran pekerjaan yang terbaik untuk mereka.
Kebolehpercayaan
Para klien kami hanya mendapat sebut harga bank-bank terbesar dunia. Maklumat peribadi dan kewangan mereka selamat daripada pintasan pihak ketiga. Semua pelanggan dilindungi sepenuhnya daripada baki negatif dalam akaun mereka.
MISI KAMI
Untuk mewujudkan suasana perdagangan yang mudah dan telus agar semua pedagang boleh mencapai potensi penuh pelaburan mereka. Kami berusaha untuk menawarkan spread, pelaksanaan dan perkhidmatan unggul.
VISI KAMI
Untuk menjadi broker tumpuan pelanggan di dunia, tempat untuk semua boleh berdagang dan melabur dalam cara yang mudah dan telus.
NILAI-NILAI TERAS
Pelanggan Menjadi Keutamaan Kami
- Segala yang kami lakukan adalah demi pelanggan. Kami sentiasa mengemaskini atau memperkenalkan perkhidmatan baharu yang mudah dan mesra pengguna.
- Kami komited untuk meraih dan mengekalkan kepercayaan pelanggan.
- Pelanggan menjadi keutamaan kami. Walaupun kami sedar kewujudan persaingan dalam industri, fokus kami tetap pada kepuasan pelanggan.
- Kami bersikap terbuka dan sentiasa mencari pendekatan inovatif untuk menawarkan pengalaman terbaik kepada pelanggan.
Kepercayaan
- Kami mendengar dengan teliti, berbicara dengan bahasa yang mudah dan jujur serta menghormati pelanggan.
- Kami meraih kepercayaan dengan menawarkan dan menunaikan apa yang kami janjikan. Kami tepati setiap kata dan bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap tindakan kami.
- Kami berkomunikasi secara terus terang dengan pihak berkenaan tentang sesebuah isu, dan tidak menyembunyikannya atau membiarkan salah faham dan sesuatu yang tidak jelas.
- Kami bertanggungjawab untuk menyuarakan pandangan secara bijak apabila tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, walaupun situasi sebegitu memerlukan pelbagai usaha dan sebolehnya ingin dielakkan. Kepimpinan kami berpegang kepada prinsip. Apabila keputusan telah dibuat, kami komited untuk melaksanakannya.
Pembelajaran berterusan
- Kami tidak pernah berhenti belajar, sentiasa mencari ruang untuk menambah baik organisasi kami dan berkongsi kepakaran. Kami sentiasa dahagakan peluang baharu dan bersedia untuk menerokainya.
- Dunia sentiasa berubah dan kami juga perlu bersedia untuk mengikut peredarannya. Sama ada kita perbaharui diri atau menjalani evolusi, kedua-duanya tetap menjadi satu perubahan yang berimpak tinggi.
- Kami sentiasa mencabar status quo dalam cara organisasi kami berfikir, namun tetap teguh dalam membuat keputusan yang jelas dan yakin.
Komitmen terhadap kerja
- Kami bekerja dengan penuh semangat, menikmati setiap detik serta tidak lupa untuk meraikan keseronokan dalam setiap perkara yang kami lakukan.
- Kami menetapkan hala tuju yang jelas untuk mencapai hasil yang bermakna.
- Kami sentiasa mencabar diri, memupuk motivasi dan mengamalkan disiplin demi mencapai tahap pencapaian yang lebih tinggi.
Berpandukan Hasil
- Untuk mencapai kejayaan, kami mesti mempunyai standard yang tinggi dan berusaha lebih keras dan lebih bijak berbanding pihak lain.
- Kami mengutamakan tindakan yang tuntas berbanding sekadar berbicara mengenainya. Keupayaan membuat keputusan dengan berkesan dan pelaksanaan yang pantas adalah kunci utama untuk kekal relevan.
- Kami lebih mengutamakan proses automatik berbanding bekerja secara manual.
- Kami memberi tumpuan kepada 20% usaha yang akan menghasilkan perubahan 80%.
Kepemilikan
- Kami memandang kehadapan dan tidak akan mengorbankan nilai jangka panjang semata-mata untuk hasil jangka pendek.
- Kami tidak akan sesekali mengatakan “itu bukan tugas kami”. Setiap pihak dalam organisasi kami terlibat dalam semua peringkat, prihatin terhadap butiran, melakukan audit secara berkala dan bersikap skeptikal apabila metrik dan hasil yang kami perolehi tidak selari. Bagi kami, tiada tugas yang terlalu kecil.
- Setiap pihak dalam organisasi kami bertanggungjawab untuk melindungi semua maklumat dan teknologi yang kami gunakan dan cipta setiap hari.
- Capai kejayaan lebih tinggi dengan sumber yang ada. Kekangan yang kami hadapi, membangkitkan sikap berdaya cipta, keupayaan kendiri dan inovasi. Kejayaan tidak diukur oleh saiz pasukan, bajet atau perbelanjaan tetap.
- Kami sedar bahawa setiap perkara yang berlaku adalah tanggungjawab kami sendiri. Segalanya bergantung pada tindakan kami dan ini bermakna kami mampu melakukan perubahan apa sahaja yang kami inginkan.